::Snow Pink::
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

Hello pepps and Assalamualaikum! speaking here is Ieyrin.Do follow and leave your footprint on my tagboard :) Be nice here.


Bigfoots!


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Nur Fazreen
Others:   
surat buat bakal suami -_-"

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...


Hai awak... apa khabar ? harap sihat sejahtera hendaknya... kalau awak tak sihat , awak pergi lha jumpa doktor pakar... saya pun amat jauh lha sekali nak tolong jadi doktor tak bertauliah untuk awak... maafkan saya ok ! sebenarnya , tujuan saya tulis surat ini adalah untuk menyatakan isi hati jiwa raga bakul saya kepada awak... saya nak awak baca luahan hati jiwa raga bakul saya nie... baca sampai habis tau ! tak baca sampai habis , saya panggil orang upahan saya untuk belasah awak sampai koma...

kehadapan bakal suami yang tersayang di masa hadapan *aku pun tak tau siapa*,

actually awak , saya pun tak tahu and tak kenal siapa awak sebab saya pun tulis surat today kan , tak tahu pun bila jodoh saya dengan awak akan sampai , mybe umur saya 50 tahun ke , mana tahu kan... but awak kena baca surat ini dengan teliti dan fokus , jangan asyik nak tengok cerita Boys Over Flower terjerit-jerit bila Lee Min Ho keluar , ni hah baca surat dari duplicate Lisa Suruhani *angkat kening laju-laju*... eh eh , mesti awak tertanya-tanya kan betina mana yang suruh awak baca entry nie... how dare awak panggil saya betina bukan perempuan... baling seliper jepun kang , ok ok tak mau gaduh-gaduh , awak kan bakal jadi suami saya kan kan , senyum sampai ke telinga sikit ? aloloooo , macam M Daud Kilau dah tuh muka senyum , manis sikit senyum... nie saya nak cakap nie *lipat lengan baju macam dolah jual belacan dan sayur basi* , kalau awak nak kahwin dengan saya , mestilah awak perlu tau kan apa saya suka dan saya nak kan , kata nak jadi suami mithali , kalau tak nak nanti saya tak akan terlupa tuntut fasakh kat awak , boleh saya buat surat bakal suami version 2 , ini version pertama... ok , saya pun malas nak cakap banyak , saya tau awak pun dah muntah darah dah nak baca banyak-banyak kan , so kepada bakal suami saya , silalah baca dengan teliti apa yang saya suka , tak suka dan tak pandai...

#Masak Or Whatever
Pertama sekali ingin saya menyatakan mengenai diri saya sendiri... saya akui saya nie kurang mahir untuk memasak... kalau setakat goreng-goreng tuh pandai lha , campak-campak je dah siap... tapi kalau nak buat masakan berkuah tuh , agak kronik sikit lha... bukan apa , takut nanti saya yang masak , saya yang sendiri makan , tuh pun belum tentu-tentu habis , perut saya nie bukan perut gajah nak makan banyak-banyak kan... saya harap awak terima kelemahan saya yang nie... 

awak , awak , awak , dengar lha nie , tapi kan saya suka makan ice cream tau , tak kira lha apa jenis sekalipun asalkan nama dia ice cream , saya redah je awak :P and awak awak awak , saya nak setiap kali bila lepas awak kerja bawak balik ice cream , saya akan tunggu awak kat depan rumah... yelah , bukan demand lah awak... but kalau saya dah penat-penat , tension dengan kerja rumah , awak mesti nak tengok senyuman saya yang manis bila awak bawak balik ice cream... sejuk je mata memandang nak nak sejuk tekak and perut bila dapat ice cream kan... so setiap bulan kena call lori paddle pop or magnum suruh hantar ice cream kat banglo mewah kita 4 tingkat dah macam rumah flat *rumah tak nak kalah* , so tak payah susah-susah kan diri awak nak pergi kedai belikan saya ice cream setiap kali awak balik kerja dan terus balik ke rumah... nanti kita makan sama-sama tau , awak suap saya , saya suap awak , saya tonyoh awak , awak tonyoh saya balik *sampai hati awak tonyoh saya* time masak pun sama , kalau kita masing-masing dah ada rumah , awak mesti tolong saya masak even masa tuh saya tak pandai masak sekali pun , baru comel macam awal dengan scha alyahya kan... so mesti awak gembira kan dapat kahwin dengan saya... apa dia ? kalau saya dalam pantang masa bersalin and ibu saya jauh kat kampung ? tak apa , awak kasi saya rest , awak buat kerja rumah pulak... asik-II muka saya je buat kerja rumah kan , padan muka awak... awak buat selagi awak boleh buat , faham ? awak mesti buatkan saya bubur macam bubur McDonald pagi-pagi buta then kita makan sama-sama... lunch saya nanti , awak mesti belikan Mcdonald ke , KFC ke , Pizza Hut ke kan... and malam pulak awak masakkan untuk saya , awak suapkan saya makan , tapi kalau awak tak suka saya buat macam nie tak apa , hari-hari balik rumah mak makan free , tak payah makan kat kedai , ok ? tapi satu je saya nak , weekend memang wajib kita untuk masak sama-sama and tengahari kita makan ice cream sambil tengok samurai.com , ok awak ?

#Saya Cintakan Awak
awak , awak ohhh awak , jangan lah buat muka kerang busuk + basi bosan baca bende nie , kan awak bakal suami saya , so bacalah betul-betul , kang saya kahwin dengan LeeTuek ahli Super Junior kang baru tau , even dia dah berusia sikit , tapi bak kata orang cinta tak mengenali usia , right ? ewahhhh , dah tuh bila tak buat muka bosan awak jangan lha buat muka blurrr awak dengan tajuk kecil kat atas nie "SAYA CINTAKAN AWAK"... saya just nak cakap kat awak , setiap hari , setiap masa , setiap saat after kita jumpa... saya nak awak cakap SAYA CINTAKAN AWAK sentiasa kat saya... sebab kalau kita tak cakap nanti makin lama awak makin tak sayangkan saya , tak gitu ? awak mesti pelik and rasa nak campak saya dengan kerusi kejadah apa saya nak suruh awak cakap kan... simple is I LOVE U right ? tapi awak , awak akan lebih ikhlas cakap SAYA CINTAKAN AWAK daripada awak cakap I LOVE U... no matter what kalau sekarang nie awak cakap , apalah perempuan senget otak tak betul nie merepek kan , padehal tak tahu lagi dengan siapa dia akan akan kahwin kan , but saya pasti , kalau dah di tetapkan jodoh saya dengan awak , even awak pergi lari korea nak pergi jumpa Girl Generation ke , one day awak akan datang kat saya dengan tujuan untuk jatuh cinta pada saya , and masa tuh awak akan cakap kat saya :

JADILAH YANG HALAL UNTUK SAYA AND AMBILLAH TEMPAT AWAK DALAM HATI SAYA

awak jangan lha ketawa macam drakula , memang sekarang saya gila tulis surat awal-awal , kang dah kahwin awak pula yang tergila-gilakan saya kan... macam mana semua orang tergila-gila Awal Ashari *kenapa nama dia tiba-tiba masuk dalam surat aku ?!*

#Saya Nak Awak Tau
Ok awak... saya tahu memang silap saya sebab saya ni ada banyak sangat kelemahan sebagai seorang perempuan sejati a.k.a perempuan melayu terakhir... saya tahu saya ni bukan perfect mana pun dan memang tak layak menjadi seorang perempuan idaman... nak nak bila awak tahu saya ni tak berapa pandai masak... saya tekankan kat situ , TAK BERAPA PANDAI ok , BUKAN TAK PANDAI LANSUNG... saya tak kisah kalau awak nak demand bagai... awak nak itu , awak nak ini dari saya... serius saya tak kisah... saya boleh berubah awak... InsyaALLAH , saya akan berubah... nie pun saya dah berubah tau... kalau dulu , lagi saya teruk... errr ==" maksud saya , agak tomboy sikit la , sikit je tak banyak pun... and sekarang ni kira dah jadi perempuan semula...

cuma satu je yang saya pinta dari awak kalau awak nak demand bagai... adakah awak cukup perfect untuk mendapatkan seorang perempuan yang perfect ? adakah awak cukup sembahyang 5 waktunya ? adakah awak pandai membaca segala doa ringkas yang kita amalkan setiap hari ? adakah awak memegang dan membaca Al-Quran setiap kali selepas solat , atau paling kurang or paling cikai selepas solat Maghrib ? adakah awak membaca surah Yaasin setiap kali hari Khamis malam Jumaat ? adakah awak layak di gelar pemimpin dalam sesebuah keluarga ? oooo , baru saya perasan , ini bukan satu , ini dah terlebih had nya... hewhew *ketawa zaman sekarang* saya harap awak fikir semula mende ni kalau awak nak pinta saya menjadi seorang yang perfect juga... andai kata awak memang dah selayaknya menjadi seorang pemimpin dan mengimamkan solat saya , insyaALLAH awak , saya akan cuba untuk berubah... saya sehabis baik akan jadi seperti yang awak pinta... InsyaALLAH... (':

#Sentiasa Bersama
awak , saya nak cakap sikit nie... sata tau lha kan , setiap pasangan tuh mesti akan ada bergaduh even berperang macam negara somalia... but awak dengar lha nie , saya serius nie , even macam mana pun kita gaduh , saya nak settle benda nie dengan cara baik ok... sebab saya tau , even saya tak tau siapa awak , one day saya akan terlalu cintakan awak , sebab tuh saya nak sentiasa ada dengan awak... even awak nak marah saya , awak nak baling saya dengan meja sampai koma , dengan batang mop , penyapu , dengan TV plasma sekalipun , saya akan pergi kat awak and berdiri tegak macam nyanyi lagu negaraku kat depan awak supaya awak tak melangkah pergi... masa tuh saya nak awak pandang mata saya dalam-dalam , saya nak awak tau yang saya terlalu cintakan awak masa tuh... saya tak nak awak pergi , kalau awak pergi , awak bawa senyuman saya sekali pergi... bila awak sedih saya tak nak awak sedih sorang-sorang macam orang gila tepi jalan... saya nak selalu ada dengan awak , peluk awak and awak nak tau , awak sentiasa ada dalam hati saya... saya nak jadi bahu yang boleh awak letak kepala awak saat awak perlukan seseorang saat awak tengah bersedih... saya nak awak lha menemani saya setiap malam lihat bulan dan bintang , saya nak jadi bintang untuk awak dan awak jadi bulan untuk saya... sebab even jauh macam mana pun kita berjalan , bulan dan bintang akan sentiasa bersama dengan kita... awak ketawa apa yang saya cakap nie , but awak , ikhlas daripada hati saya apa yang saya cakap nie... awak jangan lha ketawa macam king kong , kang saya tak nak kahwin dengan awak kang baru awak tau awak akan jadi duda or whatever lha kan seumur hidup... takut tak , takut tak ? *angkat kening laju-laju*

dan awak bakal suami saya ,

saya tau one day nanti kita akan berjumpa , awak bawa cinta awak , saya bawa hati saya , tak kira lha kat mana-mana awak akan jumpa saya and kita akan jatuh cinta , but saya nak awak tau n and saya nak awak mulakan hidup kita dengan : 

AKU TERIMA NIKAHNYA DAN AKU PINANG KAU DENGAN BISMILLAH

saya nak kita always happy , itulah apa yang orang nak... even sekarang saya pun tak tau awak ada kat mana , tapi saya nak and ingat surat nie betul-betul... supaya masa kita jumpa nanti , bila awak tanya saya pasal benda-benda kat atas nie , tau lha saya yang selama nie awak stalk hidup saya *muka berlagak* and awak , saya akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak , mama yang terbaik untuk anak kita , Salena dan Wafiq... eh eh tak , mana ada saya fikir nama anak kita , tu anak makcik kiah jual nasi lemak tepi jalan masa saya teman ibu saya pergi beli sarapan pagi saya ambil kejap... pinjam-pinjam... and saya nak awak sentiasa ukir senyuman awak , sebab itu lha juga yang akan buat saya tersenyum... saya harap macam mana cepat , macam mana lambat , kita akan berjumpa satu hari nanti and akan jatuh cinta , and awak bakal suami saya , saya nak awak tau juga , saya nie finatic korea...

Bakal Suami Yang Tidak Pernah Di Lupai...
ok lha... sampai di sini sahaja surat saya untuk kali ni... eh , kali nie ? macam ada surat lain yang akan menyusul pulak kan ? jangan marah ea bakal suami... andai ada silap dan salah saya , saya menyusun sepuluh jari tangan memohon maaf... apa ? tak cukup lagi ? ok ! ok ! tambah sepuluh lagi jari kaki saya , saya memohon ampun ok awak... kbaiii , sekian wassalam..... ^.^v


bakal isterimu yang comel lagi cute,
NurFazreen